• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Sejuk Tidak Halang Keluar Awal Sebelum Ke Kebun

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FAKTOR tidak mahu beratur panjang dan ingin segera ke kebun menyebabkan pengundi di Tanah Rata, Ringlet dan Kampung Raja ambil peluang keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab.

Mereka antara puluhan ribu pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini yang berlangsung dalam suasana cuaca sejuk dan dingin iaitu sekitar 14 darjah Celsius.

Rata-rata pengundi yang menjalankan aktiviti pertanian dilihat sanggup datang seawal pukul 7.30 pagi walaupun Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibuka pada pukul 8 pagi.

Semua 29 buah PDM sempena PRK Cameron Highlands dibuka tepat pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 31,639 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17 buah pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata manakala 12 lagi pusat mengundi di DUN Jelai.

PDM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata mencatat bilangan pengundi paling ramai dalam PRK kerusi tersebut iaitu 3,201 orang.

Ini diikuti pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Brinchang sebanyak 2,627 orang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ringlet pula ketiga paling tinggi iaitu 2,345 pengundi.

Ketiga-tiga PDM tersebut telah dibuka pada pukul 8 pagi tadi sehingga 5.30 petang ini.

Sementara itu, pusat mengundi di SMK Sungai Koyan di DUN Jelai keempat paling tinggi iaitu 2,233 pengundi dan tempoh mengundi berakhir pada pukul 3 petang ini.

Pada PRK kali ini, seramai 32,008 orang layak mengundi iaitu pengundi biasa seramai 31,749 orang, 247 pengundi awal yang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota polis serta 12 orang pengundi pos Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Cameron Highlands menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor dan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah, Sallehuddin Ab. Talib dan peladang tempatan, Wong Seng Yee.

Keputusan PRK kerusi itu dijangka diumumkan seawal jam 10 malam ini sama ada kerusi Parlimen itu kekal di tangan BN atau berjaya dirampas PH dan calon Bebas. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron HighlandsPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd