• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PH Ingkar PM Diarah Keluar Pusat Undi

oleh
27/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIADAB… Tidak sampai 24 jam Tun Dr. Mahathir Mohamad dakwa Pakatan Harapan (PH) konon akur peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon parti blok itu pula bertindak sebaliknya.

Tindakan biadab M. Manogaran bagaimanapun berjaya dihalang petugas SPR Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekolah Kebangsaan Senderut sebelum tular dalam kalangan pengguna media sosial yang kutuk calon PH tersebut.

Malah Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun mengesahkan telah arah Manogaran dengan meminta beliau keluar daripada PDM setelah didapati jelas memakai pakaian yang mempunyai logo rasmi parti bertanding.

Beliau berkata, adalah menjadi kesalahan apabila terdapat mana-mana pihak termasuk calon membawa bahan kempen termasuk lambang parti di tempat mengundi mahupun dalam jarak 50 meter dari lokasi mengundi.

“Saya telah diberitahu perkara itu (tindakan Manogaran memakai baju berlogo parti) sebentar tadi dan saya rasa pihak pemantau Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands memang perlu menegur beliau.

“Namun, tindakan telah diambil SPR dengan minta beliau keluar daripada kawasan tempat PDM kerana dalam kawasan itu dan 50 meter darinya, tiada sesiapa pun dibenarkan bawa bahan kempen dan logo parti,” katanya.

Azhar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas beliau mengadakan lawatan ke salah sebuah PDM di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ringlet di Cameron Highlands hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman Facebooknya pagi tadi telah muat naik dua keping gambar Manogaran yang dilihat memakai baju mempunyai logo Pakatan Harapan di dalam PDM tersebut.

Menurutnya, perbuatan Manogaran itu jelas bertentangan dengan peraturan SPR iaitu Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak 50 meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang pada nya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Mengikut akta tersebut mana-mana orang yang langgar peruntukan subseksyen boleh apabila disabit dipenjarakan selama tempoh tidak lebih satu tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen ialah kesalahan boleh ditangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Cameron HighlandsPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd