Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Oksana Dedah Pertemuan Dengan...

KUALA LUMPUR - Rihana Oksana Petra buat pertama kalinya berkongsi detik pertemuan dengan...

Hubungi Bomba Dahulu Sebelum...

LUMUT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meminta orang awam untuk menghubungi...

Noktah! PKR, DAP Sabah...

SETELAH minggu lalu DAP Sarawak mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) negeri itu atas...

Perak Tidak Akan Campur...

IPOH - Kerajaan negeri tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan calon Presiden...

Bina Pusat Lepak Remaja Tinggal Di Rumah Sempit

TASEK GELUGOR – Kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usaha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, isu remaja melepak di luar waktu adalah masalah yang diwarisi negara selama ini dan jika ia tidak ditangani boleh mendatangkan masalah lebih buruk.

“Pada saya deliberation perlu dibuat bagi pihak kementerian kami di bahagian agama sedia bekerjasama dalam erti kata membuat pengisian-pengisian kepada remaja untuk kita bina peribadi mereka.

“Misalnya, bagi menjayakan perintah berkurung itu, suasana yang selesa dan ceria perlu wujud di rumah – bukan rumah yang sempit, seperti flat dua bilik yang menampung ramai anggota keluarga.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di Guar Petai di sini hari ini Mujahid berkata, “Tumpuan dan kajian terperinci perlu dilihat bagi kawasan seperti flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya ada dua bilik, lepas itu famili ramai dan menyebabkan remaja lebih selesa pergi melepak.” – BERNAMA

Kategori