• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bendera Yang Di-Pertuan Agong Di Istana Abdulaziz

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dinaikkan di Istana Abdulaziz di sini tepat 12 tengah malam.

Istiadat menaikkan bendera itu disempurnakan oleh Sarjan Ahmad Rashidi Bakri dan Koperal Hakizol Othman daripada Kompeni Ke-4 Polis Tentera Diraja (Mekanize), Kem Batu 10 Kuantan.

Terdahulu, bendera peribadi baginda selaku Sultan Pahang diturunkan pada 11.45 malam.

Istiadat berkenaan disempurnakan seorang pegawai dan 14 anggota daripada Provos Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan.

Doa selamat dibacakan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman sejurus selesai istiadat.

Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat ke ibu negara awal pagi nanti bagi menghadiri mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) bersempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16

Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari selepas dilantik pada 13 Disember 2016. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd