• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Meninggal Dunia

oleh
16/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Ismail meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 90 tahun di Hospital Assunta di Petaling Jaya hari ini.

Anak ketiga kepada Allahyarham, Rosli, 60, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.15 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu sejak awal Disember lepas.

“Allahyarham sepatutnya dibenar pulang esok tetapi Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan seorang yang banyak berjasa kepada pasukan kerana walaupun telah bersara pada 1985, Allahyarham tetap meneruskan sumbangan dan kepakaran dalam menangani isu jenayah.

Mohamad Fuzi berkata Allahyarham juga sering memberikan pandangan serta berkongsi pengalaman kepada generasi muda di Bukit Aman selain pernah memberitahu supaya pegawai penyiasat didedahkan dengan latihan intensif bagi mendalami ilmu siasatan jenayah.

Dalam pada itu jenazah Allahyarham yang disembahyangkan di Masjid Bukit Aman selepas Zohor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pukul 4.45 petang ini.

Allahyarham Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 1983 sehingga beliau bersara ketika usia 55 tahun pada Ogos 1985.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham pernah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Ketua Polis Negeri dan beberapa jawatan penting dalam PDRM.

Allahyarham yang berasal dari Alor Setar, Kedah meninggalkan seorang anak lelaki, tiga anak perempuan dan 12 orang cucu. – BERNAMA

Tags: Abdul Rahman Ismailmeninggal duniapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd