Sample Page Title

BEKAS calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam maut selepas ditetak dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam, petang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, M Thiyahu, 30, cedera parah di beberapa bahagian badannya sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) ketika mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.16 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, menurut lelaki itu, mangsa ditetak dengan parang oleh tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Waja berwarna perak.

“Sejurus menerima maklumat itu, kami bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengesan suspek.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki dibawa oleh orang ramai ke HSAS untuk mendapat rawatan.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 6.30 petang di zon merah wad kecemasan hospital itu ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan pada hari ini dan pihaknya sedang menyiasat motif kejadian serta mengenalpasti semua suspek terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan K Vignesh Kumar di talian 03-55202222.


Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat itu menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki sedang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditetak.

Dalam video itu turut kelihatan empat lelaki dan seorang wanita yang cuba membantu mangsa.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi dalam satu mesej yang dimuatnaik melalui akaun Facebook mengucapkan takziah kepada mangsa yang juga calon AMK pada pemilihan peringkat cabang Oktober lalu.

“Dengan penuh dukacita saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, M Thiyahu yang disahkan meninggal dunia petang tadi. Semoga keluarga mendiang tabah dan kuat menghadapi saat-saat mencabar ini.

“Saya mengenali mendiang Thiyahu secara peribadi dan beliau adalah seorang anak muda yang baik dan berbudi pekerti mulia serta suka membantu masyarakat di sekitar kawasan pangsapuri.

“Beliau adalah anggota KEADILAN dan juga salah seorang calon pimpinan Angkatan Muda KEADILAN yang bertanding bersama-sama saya dalam pemilihan peringkat cabang Shah Alam, baru-baru ini,” katanya. – myMetro online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...