• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 7 Bulan Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh

oleh
10/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala dipercayai ketika dijaga pengasuh di sebuah rumah di Kampung Setia Jaya, Setapak di sini.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari Selasa, ibu mangsa yang ke rumah pengasuh untuk melihat anaknya selepas menerima panggilan, mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri dengan tubuhnya kelihatan pucat serta terdapat kesan lebam pada bawah mata kanan selain hidung berdarah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Noor Azmi Yusoff berkata, wanita itu kemudian menghubungi suaminya sebelum membawa bayi berkenaan ke klinik swasta di Taman Melati.

“Bagaimanapun, doktor mengarahkan mereka supaya membawa bayi itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak HKL,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, bapa mangsa mendakwa bayi itu berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke rumah pengasuh pagi Selasa.

“Bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian adalah akibat kecederaan dan pendarahan dalaman pada bahagian kepala,” kata Noor Azmi.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – BERNAMA

Tags: bayiPengasuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd