• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Doktor ‘Bapa Ayam’ Didakwa Di Mahkamah

oleh
16/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENUNTUT perubatan tahun akhir di sebuah universiti awam di Kuala Terengganu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan muncikari atau menjadi bapa ayam di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, hari ini.

Tertuduh yang juga doktor pelatih, Mohd Luqman Zulkepli, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

Dia didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana muncikari.

Kes ini adalah yang pertama seumpamanya di Mahkamah Syariah negara ini.

Mengikut pertuduhan, Mohd Luqman melakukan muncikari atau menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara seorang perempuan dan lelaki.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 2.43 pagi hingga 6.05 petang antara 27 hingga 28 Ogos 2018 di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Februari depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Fazru Anuar Yusof dan Mohd Sofian Arifin.

Sebelum ini NSTP melaporkan, dua bapa ayam warga tempatan mengenakan caj antara RM250 hingga RM600 untuk ‘jual’ perkhidmatan tiga pelacur di bawahnya menggunakan aplikasi WeChat yang menjadikan dua hotel ternama di bandar raya ini sebagai lokasi operasinya.

Bagaimanapun, semua mereka ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam dua serbuan berasingan di dua hotel berkenaan pada Ogos lalu. – myMetro Online

Tags: bapa ayamdoktorTerengganu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd