• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tambah Laluan Baharu Kota Kinabalu-Sibu

oleh
30/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd meraikan laluan baharunya Kota Kinabalu-Sibu pada Selasa berikutan langkahnya memulakan perkhidmatan komersial baru-baru ini yang bertujuan untuk menambah rangkaian perhubungan ke Sarawak.

“Kami dengan penuh rasa gembira memulakan 2019 dengan perkhidmatan komersial baharu kami dari Kota Kinabalu ke Sibu dan Bintulu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam kenyataan pada Selasa.

Tahun lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu menerbangkan 1.2 juta tetamu dari dan ke Sibu dan lebih 669,000 tetamu masuk dan keluar Bintulu.

“Kami komited untuk menambah rangkaian perhubungan antara Sarawak dan Sabah dan dengan tambahan dua penerbangan terus setiap hari dari Kota Kinabalu, kami menjangkakan jumlah pelawat ke Sibu akan mencatatkan peningkatan ketara, sekali gus menambah rangkaian perhubungan antara bandar raya peringkat kedua di Sabah/Sarawak,” katanya.

AirAsia kini beroperasi ke empat destinasi dari Sibu – Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu – dengan 90 penerbangan sehala seminggu, dan ke tiga destinasi dari Bintulu – Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu – dengan 56 penerbangan sehala seminggu.

Untuk meraikan perkhidmatan baharu itu, AirAsia menawarkan tambang rendah daripada serendah RM59 dari Sibu ke Kota Kinabalu yang boleh ditempah menerusi airasia.com dan AirAsia mobile app dari sekarang sehingga 3 Februari, 2019 bagi perjalanan sehingga 31 Julai, 2019. – BERNAMA

Tags: AirAsiaSabahsarawak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd