• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Ke-16: Al-Sultan Abdullah Tiba Di Ibu Negara

oleh
31/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.

Pesawat khas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kuantan yang membawa Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada kira-kira 9.10 pagi.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Almarhum Sultan Salahuddin.

Turut menyambut Seri Paduka berdua adalah Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan Datuk Seri Mohd Zuki Ali, yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM, Datuk Junaidah Kamarruddin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Seri Paduka kemudiannya melintasi pasukan Kawalan Kehormat Setempat (static guard) oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja dari Kem Wardieburn Kuala Lumpur, yang terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota, diketuai Kapten Abdul Munir Mohani@Che Omar.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berangkat ke Dataran Parlimen bagi sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara bagi majlis melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Al-Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari lalu. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Somalia Paling Korup Di Dunia

Next Post

Budak Tulis Surat Kepada Menteri, Mohon Haram PUBG

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

Next Post

Budak Tulis Surat Kepada Menteri, Mohon Haram PUBG

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd