• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Disambut Selaku Ketua Negara Baharu Di Parlimen

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat mengiringi keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Parlimen hari ini untuk istiadat sambutan rasmi selaku ketua negara baharu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Seri Paduka kemudian berkenan ke Pentas Diraja melintasi Pasukan Pengawal Tombak diiringi Perdana Menteri untuk menerima persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ dari pasukan Kawalan Kehormatan Utama.

Serentak itu, lagu ‘Negaraku’ dimainkan oleh pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Mejar Muhamad Nor AzizanYahya.

Pada masa sama, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das oleh pasukan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja.

Seri Paduka kemudian berkenan berangkat memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.

Istiadat itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disusuli persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ serta persembahan lagu Negaraku untuk kali kedua.

Diiringi kenderaan pengiring diraja, Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan Dataran Parlimen ke Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Damansara, untuk Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd