• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Sekeluarga Malaysia Ditahan Di Australia

oleh
20/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CEKUP… Tujuh sekeluarga rakyat Malaysia, ditangkap pihak berkuasa Australia dalam operasi cegah eksploitasi pekerja asing, di sebuah rumah sewa di panggir bandar ini, semalam.

Empat lelaki, tiga wanita bersama budak lelaki berusia 13 tahun dari satu keluarga, ditangkap di sebuah rumah di Anketell di selatan bandar Perth, kata Pasukan Sempadan Australia (ABF) dalam satu kenyataan media.

Seorang daripada lelaki itu yang berusia 28 tahun didapati tinggal secara haram sejak Julai 2017, disyaki terbabit dalam eksploitasi pekerja asing di sektor pertanian, dan bertindak sebagai ejen pendatang tidak berdaftar.

Dua lagi lelaki yang ditangkap ialah adik beradiknya masing-masing berusia 23 tahun dan 24 tahun serta bapa mereka berusia 54 tahun. Ibunya berusia 47 tahun dan adik ipar perempuan berumur 24 tahun, turut ditangkap.

Menurut kenyataan ABF, mereka didapati tinggal di Australia secara haram serta percaya lelaki berusia 23 tahun dan 24 tahun itu bekerja secara haram. Keluarga itu kini ditahan di pusat tahanan tempatan.

Mereka dijangka dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Pegawai Penguat Kuasa ABF Timur Australia, Clint Sims berkata, pekerja haram yang dieksploitasi biasanya jarang dibayar gaji dan dilayan dengan teruk.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab eksploitasi pekerja haram buat untung besar. Perbuatan itu merugikan bisnes tempatan yang ambil pekerja ikut saluran ditetapkan, serta membayar gaji,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

*Video sekadar hiasan…

Tags: Australia
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd