• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

260 Anggota Polis Pastikan Aliran Trafik Lancar

oleh
31/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 260 anggota dan pegawai polis akan ditempatkan bagi mengawal aliran trafik serta kawalan keselamatan sempena keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Pangkalan Udara Kuantan untuk ke ibu negara awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kenderaan yang membawa rombongan diraja itu dijangka akan berlepas dari Istana Abdulaziz ke Pangkalan Udara sejauh 20 kilometer seawal 7 pagi dan dijangka tiba setengah jam kemudian.

“Kenderaan yang membawa baginda akan mengikuti Jalan Bypass Kuantan yang menghala ke Jalan Gambang, menuju ke perkarangan Pergerakan Udara, pangkalan berkenaan.

“Bagi melancarkan pergerakan setiap lampu isyarat dan simpang, laluan berkenaan akan dikawal anggota polis selain di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk melambai keberangkatan Sultan Pahang,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Katanya, jangkaan lebih 5,000 rakyat akan berkumpul kira-kira tiga kilometer sepanjang Pangkalan Tentera Udara Kuantan.

Sebaik sahaja rombongan diraja tiba di pangkalan udara berkenaan katanya, Al-Sultan Abdullah akan menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat, sebelum melakukan pemeriksaan barisan.

Kemudian katanya, lagu Negaraku akan dinyanyikan diikuti dengan 21 das tembakan meriam dan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman sebelum baginda dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menaiki pesawat khas untuk berlepas ke ibu negara. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd