• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Jam Operasi ICQS Bukit Kayu Hitam, CIQ Sadao

oleh
21/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan Thailand bersetuju melanjutkan waktu operasi harian Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam serta Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, daripada 18 jam kepada 24 jam bagi tempoh percubaan selama tiga bulan mulai April ini.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat antara Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Thailand Don Pramudwinai, Sabtu malam, yang diadakan dalam lawatan delegasi Malaysia yang diketuai Saifuddin ke Bangkok.

Menurutnya kedua-dua pemimpin itu bersetuju bahawa lanjutan waktu operasi itu akan memberi tumpuan khusus kepada kenderaan kargo dan kenderaan berat yang sering berurusan di sempadan dua negara.

“Keputusan itu dibuat sebagai susulan kepada persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri kedua-dua negara semasa lawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Bangkok Oktober lepas,” menurut kenyataan itu.

Saifuddin dan Pramudwinai turut berbincang beberapa isu dua hala yang mempunyai kepentingan bersama, di samping isu-isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.

“Mereka turut berbincang mengenai usaha meningkatkan ketersambungan antara Malaysia dan Thailand, yang terus menjadi keutamaan bagi Malaysia. Dengan infrastruktur yang baik dan maju, di samping ketersambungan sempadan yang lancar, inisiatif ini akan memudahkan lagi perdagangan merentasi sempadan antara Malaysia dan Thailand,” menurut kenyataan itu.

Merujuk kepada soal pembangunan mampan, yang turut menjadi fokus utama Thailand dalam melaksanakan peranannya sebagai Pengerusi Asean tahun ini, Wisma Putra berkata kedua-dua Menteri Luar memperakui kepentingan agenda pembangunan yang mampan dan komiten untuk bekerjasama bagi merealisasikannya.

“Malaysia secara aktif melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan yang sudah termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020),” menurutnya.

Terdahulu sebelum lawatan rasmi itu, Saifuddin turut menghadiri Pemukiman Menteri Luar Asean yang dihoskan oleh Thailand pada 17 dan 18 Jan di Chiang Mai. – BERNAMA

Tags: Bukit Kayu HitamICQSThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd