Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

941 Kes Baharu Covid-19,...

PUTRAJAYA - Selepas hampir empat bulan kes harian COVID-19 dilaporkan empat angka, hari...

Jual Ubat Seludup Kepada...

Seremban : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Negeri Sembilan...

Kekal Pemimpin Kanan DAP...

MENYENTUH mengenai Malaysia baharu, satu daripadanya adalah mereformasikan institusi penting negara dan Parlimen...

Tiga Maut, Dua Cedera...

KUANTAN - Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka...

10 Sebab KPM Mansuh Peperiksaaan Tahap Satu

KUALA LUMPUR – Beri fokus kepada kepelbagaian potensi pelajar antara 10 sebab Kementerian Pendidikan memansuhkan Peperiksaan Tahap Satu dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, berkata sebab atau faktor lain yang mendorong kepada pemansuhan penilaian seragam itu adalah bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik selain pelajar juga akan bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan mereka.

“Pemansuhan itu turut membolehkan guru menyemai nilai murni dalam diri pelajar dengan prinsip ‘values are caught and tought’.

“Ia sekali gus dapat membantu membentuk karakter pelajar dengan kaedah ‘learning-centered’ disamping membina dan memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook dan Twitter beliau, hari ini.

Maszlee berkata, pemansuhan peperiksaan itu turut membolehkan kementeriannya melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz kepada pelajar.

Kata beliau, ia sekali gus dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah pelajar.

“Dengan inisiatif ini, guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD pelajar, manakala objektif pembelajaran pula berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru itu sendiri mengikut kaedah serta keperluan pelajar.

“Semua itu adalah 10 sebab kenapa Peperiksaan Tahap Satu dimansuhkan dan ia selari dengan pendekatan pendidikan ke arah ‘learning’centered’, bukan lagi ‘exam oriented’,” katanya.


Pada 31 Oktober lalu, Maszlee mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu, Dua dan Tiga dimansuhkan.

Pengumuman itu mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa yang berpendapat pemansuhan itu secara tidak langsung mengubah struktur pendidikan menjadi lebih baik.

Kata mereka, penilaian bukan titik di mana ia membangunkan dasar pembangunan pendidikan sebaliknya satu ujian pemahaman berkenaan teori yang dipelajari.

Bagi ibu bapa yang tidak menyokong, kebanyakan mereka beranggapan ujian adalah penting untuk melihat pencapaian murid sepanjang tahun berkenaan. – BH Online

Kategori