• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Washington Desak Beijing Bebas Rakyat Kanada

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat menggesa Beijing membebaskan dua rakyat Kanada yang ditahan, dipercayai berikutan tindakan Ottawa menahan seorang eksekutif kanan sebuah syarikat terkemuka China.

Minggu lalu, dua warga Kanada, iaitu bekas diplomat yang juga penasihat kumpulan pemikir Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Michael Kovrig dan ahli perniagaan, Michael Spavor ditahan.

Tindakan itu disyaki susulan tindakan polis Kanada memberkas ketua pegawai kewangan Huawei Technologies Co Ltd, Meng Wanzhou pada 1 Disember lalu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Negara, Robert Palladino, berkata prosiding perundangan yang dilaksanakan terhadap Meng Wanzhou yang juga anak perempuan pengasas Huawei, berlangsung dengan adil, tidak berat sebelah dan telus.

“Kami juga ingin melahirkan rasa prihatin terhadap tindakan Kerajaan China menahan dua rakyat Kanada pada awal bulan ini, dan menggesa supaya mereka segera dibebaskan,” kata Palladino dalam satu kenyataan.

Amerika Syarikat berusaha untuk mengekstradisi Meng Wanzhou, yang kini dibebaskan atas jaminan di Kanada, berhubung tuduhan mengelirukan bank multinasional mengenai transaksi membabitkan Iran, sekali gus mendedahkan mereka kepada tindakan kerana melanggar sekatan yang dikuat kuasa Washington.

Sementara itu, Huawei adalah pembekal terbesar peralatan rangkaian telekomunikasi dan penjual telefon bimbit terbesar di dunia. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd