Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

‘Malaysia Bersih’, Tapi Bersihkah...

KUALA LUMPUR - Sudah lebih enam dekad rakyat Malaysia melaungkan kata azimat “Merdeka!...

TMJ Sedia Lawan Team...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan...

Ibu Bapa Disaran Buka...

SHAH ALAM - Ibu bapa yang mempunyai anak darjah satu sekolah bantuan penuh...

Sembilan Pelajar MRSM Baling...

ALOR SETAR - Sembilan daripada 23 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling...

Warga Emas Terselamat Dalam Kebakaran Di Kg Pendamar, Klang

KLANG – Seorang wanita warga emas yang kurang upaya berusia dalam lingkungan 70-an terselamat dalam kebakaran sebuah rumah teres setingkat di Kampung Pendamar Fasa II, Pelabuhan Klang dekat sini awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Juyana @ Azlan Musa berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang berada di bilik tidur di bahagian belakang rumah itu diselamatkan anggota bomba yang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

Katanya sebaik menerima panggilan pada pukul 6.38 pagi, sepasukan 15 anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang merupakan wanita warga emas yang juga orang kurang upaya sesak nafas akibat terhidu asap kebakaran. Dia kemudian diserahkan kepada pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati beberapa anggota keluarga mangsa yang berada di bahagian depan rumah sempat keluar menyelamatkan diri.

Katanya rumah teres kelas A berkeluasan 40 x 75 kaki persegi hangus terbakar kira-kira 80 peratus dalam kejadian itu. – BERNAMA

Kategori