• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Emas Rugi RM230,000 Ditipu Sindiket Macau Scam

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas kerugian RM230,000 selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ yang menggunakan taktik memperdayanya mempunyai hutang tertunggak dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pesara berumur 60 tahun dan menetap di Segamat itu difahamkan menerima panggilan telefon daripada sindiket tersebut pada 19 Dis lepas sebelum membayar jumlah yang diminta secara berperingkat sehingga 27 Dis.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya menerima laporan berhubung penipuan terhadap wanita tersebut, semalam, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

“Mangsa mendakwa diperdaya setelah menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pos Malaysia Berhad dengan memberitahu mangsa (wanita itu) mempunyai hutang tertunggak dengan LHDN.

“Mangsa juga diberitahu bahawa surat Perintah Penangkapan dan Pembekuan Aset dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah dikeluarkan atas nama mangsa,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata wanita itu kemudian dihubungi oleh seorang individu yang mendakwa sebagai seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang memaklumkan wanita tersebut terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.

“Mangsa yang telah diperdaya memindahkan semua wang miliknya berjumlah lebih kurang RM230,000 secara berperingkat ke akaun suspek atas arahan suspek,” katanya dengan menambah kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau berkata sehubungan kejadian itu, polis menasihati orang awam supaya berwaspada apabila menerima panggilan telefon seumpama itu sebagai langkah pencegahan ditipu.

Menurutnya, polis sudah berulang kali mengingatkan kes berkaitan perangkap Macau Scam dan dalam apa situasi sekali pun, masyarakat mesti menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau agensi berkaitan termasuk bank dan mahkamah untuk semakan kesahihan dakwaan yang diterima menerusi panggilan telefon. – BERNAMA

Tags: Sindiket Macau Scamwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd