Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Germanwings: Co-Pilot Didapati Kaji...

BERDASARKAN analisis yang dijalankan pasukan penyiasat terhadap komputer milik pembantu juruterbang Germanwings, Andreas...

Ayuh Gempitakan Stadium Nasional...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan...

Tanpa Enakmen LPHJ Tidak...

JOHOR BAHARU - Ketiadaan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) tidak akan...

Bayi Perempuan Dibuang Di...

BALIK PULAU - Selepas 15 minit mendengar tangisan bayi, seorang lelaki bangun daripada...

UMNO Sabah Tidak Terbubar, Bung Mokhtar Pengerusi Badan UMNO Sabah

KUALA LUMPUR — UMNO Sabah tidak terbubar atau tergugat dengan tindakan keluar parti beramai-ramai pemimpinnya hari ini, kata Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata suatu analisis dilakukan terhadap beberapa jawatan dalam Badan Perhubungan UMNO Sabah bagi membolehkan parti itu menyusun dan merombak badan perhubungan itu, termasuk melaksanakan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagaimana dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan UMNO. ​​​​​​

“Apa yang berlaku di Sabah merupakan suatu tindakan yang telah dijangka dan ini tidak sama sekali melemahkan perjuangan UMNO yang banyak menabur jasa di negeri itu,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Ekoran krisis kepimpinan UMNO Sabah, Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkuatkuasa hari ini, menggantikan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang keluar parti.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pelantikan itu dibuat berikutan tindakan keluar parti yang melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator.

Katanya jawatan Timbalan Pengerusi digantikan oleh Ketua Pemuda UMNO Sepanggar Datuk Yakub Khan manakala Timbalan Ketua UMNO Kinabatangan, Jefri Ariffin dilantik sebagai Setiausaha dan Ketua UMNO Bahagian Tenom, Datuk Raimi Unggi sebagai Ketua Penerangan.

“Setelah berbincang, kita tegaskan UMNO Sabah berfungsi seperti biasa. Kita akan perkasakan parti. Saf pimpinan UMNO Sabah sudah lengkap dan berjalan seperti biasa,” katanya.

Lima anggota Parlimen yang keluar parti adalah Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat).


Selain itu, sembilan ADUN ialah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Japlin Akim (Usukan), Datuk Musbah Jameh (Tempasuk), Datuk Gulam Haidar Khan (Kawang), Datuk Mohd Arifin Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Datuk Nizam Titingan (Apas).

Dua senator UMNO yang keluar parti ialah Datuk Ghani Yassin dan Datuk John Ambrose.

Turut mengumumkan keluar parti ialah bekas Bendahari UMNO yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang merupakan Ketua Bahagian Kota Belud.

Mengulas lanjut, Annuar berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan UMNO Sabah yang baru dilantik itu.

“Esok Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahadzir Khalid akan ke Sabah untuk bertemu mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori