• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Runtuh, PAS Perlu Ke Depan Perjuang Agenda Melayu Islam

oleh
16/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS menyifatkan krisis yang melanda UMNO kebelakangan ini telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak berupaya memperjuangkan agenda Melayu Islam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan kepada keadaan itu, PAS perlu menjadi parti utama menggalas tanggungjawab itu.

“Kalau dulu kita lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang UMNO yang menjuarai perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada dalam kerajaan.

“Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti menyebabkan struktur UMNO di beberapa peringkat sudah runtuh,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di sini hari ini.

Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Semalam, enam lagi wakil rakyat UMNO meninggalkan parti.

Ditanya sama ada perkembangan itu memberi kesan terhadap kekuatan pembangkang di dalam Dewan Rakyat, Takiyuddin berkata bilangan wakil rakyat UMNO tidak menentukan peranan dan pendirian PAS.

“Walaupun kita (PAS dan UMNO) sama-sama pembangkang, tapi kita mempunyai ikatan yang longgar di Dewan Rakyat, berapa pun bilangan UMNO pendirian kita jelas, kita berkecuali terhadap isu atau perkara-perkara yang dibawa kerajaan.

“Kita berperanan menasihat kerajaan, maknanya kita tegur apa yang tidak betul dan kita sokong apa yang betul, jadi, bilangan anggota UMNO dalam Dewan Rakyat saya tidak nampak memberi masalah besar kepada kita,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan keluar parti oleh pemimpin UMNO itu, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata ia memang dijangka berdasarkan landskap politik semasa dan berkemungkinan akan berlaku lagi selepas ini.

“Mana-mana parti pun apabila berada dalam keadaan begitu ahli dia akan bertempiaran lari kerana sebagai orang politik mereka memerlukan platform untuk berjuang,” katanya yang turut mengalu-alukan sekiranya ada anggota UMNO yang ingin menyertai PAS. – BERNAMA

Tags: Ahli UMNODatuk Takiyuddin HassanPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd