• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Suka, Mahu Penuhi Harapan Jong-Un

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Presiden Donald Trump mahu Kim Jong-un mengetahui bahawa beliau menyukainya dan akan memenuhi harapan pemimpin Korea Utara itu, kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, semalam, sehari selepas bertemu Trump pada sidang kemuncak ekonomi di Argentina.

Moon, yang berharap dapat menjadi hos kepada lawatan pertama pemimpin Korea Utara itu ke Seoul seperti dipersetujui awal tahun ini, berkata Trump meminta beliau menyampaikan mesej itu kepada Jong-un.

“Mesejnya adalah Trump amat menyenangi Kim dan menyukai beliau.

“Trump meminta saya memberitahu Kim beliau mahu melaksanakan perjanjian mereka bersama-sama dan akan memenuhi harapan Kim,” kata Moon kepada wartawan dalam penerbangan dari Argentina ke New Zealand untuk memulakan lawatan tiga hari bermula semalam.

Trump, yang bertemu Jong-un di Singapura Jun lalu, kelmarin berkata beliau berkemungkinan bertemu pemimpin Korea Utara itu buat kali kedua Januari atau Februari ini, dengan tiga lokasi pertemuan mereka dalam pertimbangan.

“Kami amat mesra. Kami mempunyai hubungan yang baik,” kata Trump kepada wartawan dalam pesawat Air Force One dalam penerbangan pulang daripada sidang kemuncak G20.

Trump juga menyatakan akan menjemput Jong-un ke Amerika Syarikat.

Kedua-dua pemimpin berjanji pada pertemuan pertama mereka ke arah membatalkan program nuklear, walaupun tidak banyak kemajuan dibuat sejak itu. — Reuters/BH ONLINE

Tags: Kim Jong-un
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat

Jong-un Terima Hadiah ‘Istimewa’ Dari Russia

17/09/2023
0

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerima lima dron bahan letupan, dron peninjau dan jaket kalis peluru sebagai hadiah daripada...

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik

04/05/2022
0

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melepaskan peluru berpandu balistik, hari ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Peluru berpandu itu dilancarkan seminggu selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd