• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tren Korea Selatan Masuki Korea Utara Julung Kali

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA… Buat pertama kali dalam masa lebih sedekad, sebuah kereta api Korea Selatan berjaya menyeberang masuk ke negara jiran seterunya lebih 60 tahun, Korea Utara lewat semalam.

Ia menandakan bermulanya kajian bersama untuk sambung semula khidmat tren antara dua negara Semenanjung Korea itu, yang secara teknikal masih lagi dianggap berperang kerana terikat kepada perjanjian gencatan senjata.

Kajian selama 18 hari itu melibatkan puluhan pegawai dan pakar kereta api dari kedua-dua buah negara tetangga. Sepanjang tempoh itu mereka akan tinggal dan bekerja di dalam kereta api ini untuk kaji sistem tren Korea Utara.

Rancangan untuk hubung sistem kereta api dua negara Korea terkandung dalam perjanjian yang dicapai antara pemimpin kedua-dua negara pada awal tahun ini. Bagaimanapun projek itu tergendala pada akhir Ogos lalu.

Ini kerana ada kebimbangan ia mungkin langgar sekatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Korea Utara yang bangun sistem peluru berpandu nuklear. Namun pengecualian sudah diberikan bagi kajian bersama itu.

Kereta api enam gerabak itu bakal jelajah 1,200 kilometer di Korea Utara dalam dua fasa iaitu pertama sehingga Sinuiju yang hampir di sempadan China dan berikutnya ke Mount Kumgang sehingga dekat sempadan Rusia.

Dua negara ini pernah ada hubungan tren barang di sempadan bersama pada 2007 sebelum ditamatkan setahun kemudian. Seoul dan Pyongyang berharap dapat sambung balik khidmat itu menjelang akhir tahun ini. – AFP

Tags: KoreaKorea Selatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

13/10/2026
0

KOREA SELATAN - Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) 2026/27 selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd