• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Top Glove Nafi Dakwaan Buruh Paksa

oleh
14/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Top Glove Corporation Bhd, menafikan dakwaan dibuat sebuah laporan berita asing yang menuduhnya berhubung buruh paksa, kerja lebih masa berlebihan, jerat hutang dan merampas pasport.

Dalam kenyataan hari ini, Top Glove berkata, ia mematuhi undang-undang buruh Malaysia dan melaksanakan langkah yang ketat dalam memastikan kerja lebih masa dilakukan pekerjanya tidak melebihi had maksimum dibenarkan di bawah undang-undang.

“Kementerian Sumber Manusia sudah mengarahkan pegawainya menjalankan pemeriksaan secara rawak di beberapa lokasi premis kilang kami minggu lepas dan mengadakan lawatan mengejut ke kilang Top Glove pada 10 Disember.

“Menteri juga sudah mengesahkan bahawa tiada sebarang elemen buruh paksa, paksaan membuat kerja lebih masa dan jerat hutang di Top Glove,” kata kenyataan itu.

Berhubung dakwaan pekerja menerima gaji yang rendah dan dibayar rendah untuk kerja lebih masa mereka, Top Glove memberitahu, ia mematuhi sepenuhnya dasar gaji minimum Malaysia, sementara bayaran kerja lebih masa dikira berdasarkan undang-undang buruh.

Top Glove juga menafikan dakwaan dibuat laporan berita itu yang mengatakan ia merampas pasport pekerja asing.

“Demi menjaga dokumen penting itu, pasport pekerja disimpan di bilik simpanan pasport dengan lokar untuk individu yang mana pekerja boleh mengaksesnya bila-bila masa.

“Pendidikan berterusan terhadap pentingnya mengendalikan dan menjaga pasport dijalankan sebelum memulakan kerja di Top Glove dan secara berkala sewaktu majlis taklimat,” kata kenyataan itu.

Syarikat itu berkata, ia mengadakan banyak inisiatif dan langkah bagi memastikan pekerja dijaga dengan baik, termasuk akses kepada klinik dalaman yang mempunyai dua doktor, seorang doktor gigi dan tiga jururawat, selain pekerja menjalani ujian darah sekurang-kurangnya setahun sekali.

Artikel berkenaan mendakwa, Top Glove enggan memberi maklum balas secara terus apabila diminta mengulas berhubung perkara itu, sebaliknya, menurut syarikat itu ia tidak dihubungi oleh penerbitan berkenaan dan tidak diberikan peluang untuk mengulas dakwaan dibuat artikel itu.

“Kami melihat dakwaan berkenaan sebagai serius kerana mereka merosakkan reputasi baik syarikat,” tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Top Glove
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Tertentu Top Glove Didakwa Dihasilkan Buruh Paksa

30/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) mendakwa produk-produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd...

Ismail Sabri Minta Top Glove Pastikan Keselamatan Pekerja

22/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Usaha Top Glove Corporation Bhd menawarkan 9,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dihargai, namun keselamatan dan kebajikan mereka perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd