• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Kecewa, Minta Penyokong Kongsi Idea Tangani Isu Jualan Tiket

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa dengan situasi penjualan tiket Piala AFF Suzuki pada Ahad.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku berkenaan penjualan tiket final Piala AFF Suzuki.

“Saya harap penyokong boleh beri idea mengenai solusi untuk isu penjualan tiket dan berharap pihak FAM juga akan mencari jalan penyelesaian. Perkara ini tidak boleh berterusan,” jelas Tunku Ismail dalam satu status di Twitternya pada Isnin.

Tambah Tunku Ismail, beliau akan cuba sebaik mungkin untuk mencari penyelesaian supaya isu ini tidak berulang pada masa depan kerana penyokong adalah nadi bola sepak.

Dalam masa sama, netizen turut berkongsi idea bagaimana untuk mengatasi masalah ini berulang.

Sebahagian daripada netizen memberi cadangan mengenai penjualan tiket yang patut dibuat.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kaunter tiket ditutup sepenuhnya pada Ahad selepas habis dijual secara online dan fizikal.

Tiket penjualan secara fizikal di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapat kritikan daripada penyokong bola sepak tempatan kerana hanya beberapa minit kaunter dibuka dan telah habis dijual.

Ribuan penyokong sudah siap sedia bermalam di pekarangan stadium sejak Sabtu malam untuk beratur membeli tiket.

Pada Jumaat, penjualan tiket secara talian dibuka dan sebanyak 40,000 keping habis dijual. – mStar Online

Tags: TMJulat tiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd