• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Kuota Haji Untuk Menteri & Ahli Parlimen

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan tidak lagi memberi kuota haji khas kepada menteri dan Ahli Parlimen bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat menunaikan ibadah itu pada masa akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh, berkata menjadi amalan kerajaan terdahulu untuk memberikan kuota haji ini kepada ahli politik sehingga mengakibatkan ada ramai jemaah yang layak khususnya warga emas tidak dapat menunaikan haji.

“Jadi, kita mengambil keputusan untuk menghentikan amalan ini. Saya juga dimaklumkan disebabkan perkara seperti ini menyebabkan ramai jemaah yang layak dan mempunyai cukup duit untuk pergi haji terpaksa menunggu sehingga berusia 100 tahun.

“Malaysia diberikan kuota sebanyak 30,200, namun disebabkan ada pemberian kuota kepada ahli politik ini menyebabkan kuota untuk rakyat menjadi sedikit,” katanya pada sidang media selepas Majlis Dialog Komuniti Bersama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di sini, malam tadi.

Beliau berkata, tindakan itu sudah dilaksanakan untuk musim haji yang lalu dan kuota haji kini sudah menjadi milik rakyat sepenuhnya.

“Kita juga tidak akan menerima sebarang surat sokongan daripada mana-mana pihak yang ingin menunaikan haji. Ini bagi memastikan ketelusan di samping kuota itu adalah milik rakyat sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata, Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan bagi melakukan kajian jumlah guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang akan diserap ke dalam kerajaan dijangka melengkapkan kajian mereka pada Mac tahun hadapan.

“Selepas mereka siap membuat kajian, kita akan membawanya ke Kabinet untuk diluluskan. Saya jangka mungkin dalam pertengahan tahun hadapan akan dibawa ke Kabinet.

“Kalau ikut pembentangan Belanjawan 2019, tidak disebut jumlah guru KAFA yang bakal diserap ke jawatan tetap, tetapi kita jangkakan jumlahnya bagi siri pertama ialah 5,000 orang.

“Jika mereka ada diploma, guru KAFA ini akan diberi gred jawatan S29 manakala mereka yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula gred S19,” katanya. – BH Online

Tags: Ahli Parlimenkuota haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd