• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Untuk Parti Dominan Dalam PH, Semua Setara

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tiada keperluan bagi Pakatan Harapan (PH) untuk mempunyai satu parti yang dominan kerana kesamarataan yang ada dalam pakatan itu ternyata berkesan untuk setiap parti menyuarakan pendapat masing-masing.

Malah kata beliau ketiadaan satu parti yang terlalu mendominasi dalam pakatan merupakan kelebihan buat PH untuk melaksanakan tugas sebagai kerajaan.

“Amalan konsensus (dalam PH) berjalan dengan begitu baik sekali. Saya dapat lihat tak perlu ada satu parti terlalu dominasi seperti UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dulu untuk membangkitkan perkara-perkara yang dianggap penting,” katanya dalam temu bual dengan Bernama dui luar Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Katanya perkara itu memang merupakan perbezaan yang paling ketara di antara PH dan BN iaitu dalam PH semua parti mempunyai hak dan suara yang sama tanpa mengira jumlah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki oleh parti komponen.

Katanya BN didominasi oleh UMNO dengan presiden dan timbalan presiden UMNO adalah perdana menteri dan timbalan perdana menteri selain kebanyakan menteri adalah daripada parti itu, tetapi PH mementingkan kesamarataan.

“Dalam PH kita mempunyai Tun (Dr Mahathir Mohamad) daripada parti kedua terkecil dalam PH sebagai pengerusi PH dan perdana menteri. Pengaruh yang ada dalam Majlis Presiden PH walaupun berbeza jumlah kerusi tetapi kita sama rata,” katanya

Katanya suara Bersatu dan Amanah yang mempunyai bilangan kerusi Parlimen paling sedikit tetap didengari, sama seperti DAP dan PKR yang mempunyai anggota Parlimen teramai dalam PH.

“Sebagai contoh, (adakah) hanya kerana Bersatu ada 16 kerusi Parlimen sahaja, maka isu-isu kepentingan orang Melayu kita segan nak bawa dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. Perkara itu tidak timbul pun. Walaupun kita sikit tetapi kerana suara kita sama dalam Majlis Presiden kita juga berhak untuk bangkitkan perkara ini,” katanya.

Katanya hubungan antara parti dalam PH sangat kuat walaupun ada pihak-pihak tertentu cuba menimbulkan rasa resah kepada rakyat kononnya PH adalah pakatan yang rapuh dan tidak kuat

“Semua isu dibincangkan (dalam Majlis Presiden). Apa sahaja dirasakan penting akan dibangkitkan dalam (mesyuarat) kepimpinan tertinggi parti. Ia dibuat dalam suasana serba kekeluargaan. Walaupun ada beza pendapat dan pandangan tetapi semangat ukhuwah dalam kalangan parti komponen PH sangat tinggi dan kuat,” katanya.

“Bayangkan kami daripada BN, UMNO kini duduk semeja dengan DAP, PKR dan Amanah. Bila dah mula kenal antara satu sama lain baru kami tahu macam mana mereka berfikir. Rupa-rupanya tidak sama macam persepsi yang kita ada dulu. Kalau tanya dulu macam tak masuk akal. Silaturahim keempat-empat parti serta (parti sekutu) Warisan (Parti Warisan Sabah) pada tahap yang sangat baik,” katanya.

Ditanya mengenai perbalahan yang berlaku di antara pemimpin-pemimpin PH menerusi media sosial, Mukhriz berkata perkara itu bukan suatu yang membimbangkan apabila diambil kira negara dalam suasana politik baharu dan penggunaan media sosial yang meluas sekarang.

“Saya tak nampak itu sebagai perkara yang terlalu serius, berbanding dulu yang terlampau terkongkong. Dulu tak boleh cakap isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), isu RM2.6 bilion pun tak boleh cakap. Tapi akhirnya isu-isu ini meletup juga. Perkara terkongkong itu menjadi isu besar bagi seluruh rakyat

“Sekarang kita lebih terbuka, walaupun ada perbezaan ia dibuat secara terhormat​​​​. Saya tidak nampak ini sebagai sesuatu yang boleh melemahkan kerajaan PH. Sebaliknya ini menunjukkan kita lebih telus dan kita meraikan perbezaan pendapat dengan harapan akhirnya wujud titik pertemuan yang mengambil kira pandangan-pandangan yang berbeza dalam kerajaan yang sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathirpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd