Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Bayi Lelaki 4 Bulan...

MELAKA – Kematian bayi lelaki empat bulan, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin di sini...

Tendang Jururawat Di Muka...

SEORANG lelaki telah ditahan kerana melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang wanita yang bekerja...

Koleksi Setem Cerita Legenda...

KUALA LUMPUR- Koleksi setem yang menceritakan sejarah legenda masyarakat Melayu negara ini akan...

PH Boleh Jatuh Jika...

LANGKAWI - Kerajaan Pakatan Harapan berjanji tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh...

Tempoh Kempen 14 Hari Tidak Beri Kesan Pengundi

KUALA LUMPUR – Tempoh 14 hari berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands tidak memberi apa-apa kesan kepada parti yang bertanding, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada usaha memenangi undi kumpulan pengundi atas pagar.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata tempoh berkempen itu tidak lagi menjadi isu kepada mana-mana parti kerana isu yang perlu dibawa akan memberikan kelebihan bagi memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, berdasarkan kepada pengumuman tidak rasmi, parti yang ingin bertanding pada PRK kali ini bakal menampilkan muka lama yang tidak memerlukan tempoh yang lama untuk berkempen.

“Calon muka lama ini sudah dikenali pengundi di Cameron Highlands. Jadi, mereka tidak perlu kempen yang lama untuk memperkenalkan diri dengan pengundi.

“Justeru, memadai tempoh 14 hari berkempen kerana ia tidak terlalu pendek atau panjang. Tempoh berkempen tidak beri kesan terus kepada corak pengundian,” katanya mengulas tempoh 14 hari berkempen seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), minggu lalu.

SPR menetapkan PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari tahun depan manakala penamaan calon ditetapkan pada 12 Januari dan tarikh mengundi awal pada 22 Januari.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, sebanyak 32,009 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemas kini pada November lalu dengan tempoh berkempen selama 14 hari dan kos bagi menjalankan PRK ini sebanyak RM3.5 juta.

Awang Azman berkata, PRK Cameron Highlands sedikit berbeza dengan empat PRK lalu kerana sebahagian pengundi sudah menentukan calon mana yang hendak pilih.

Katanya, bagi penyokong tegar BN dan PH, pengundi pastinya akan terus mengundi parti pilihan masing-masing asalkan parti itu dapat menepati apa yang mereka harapkan.

“Ini kerana calon MIC dan DAP sudah dikenali oleh pengundi di kawasan berkenaan. Jika ada perubahan calon pun, saya percaya penggantinya pasti dalam kalangan pemimpin yang dikenali di kawasan berkenaan.

“Tumpuan kini terarah kepada pengundi atas pagar yang mana bagi calon PH sudah tentu dinilai berdasarkan pencapaian dan kekurangan selepas tujuh bulan mengambil alih kerajaan. Pengundi ini, saya percaya mereka sedar dan sudah dapat menilai pencapaian dan kekurangan PH.

“Perlu difahami bahawa dalam tempoh yang singkat ini, pengundi atas pagar ini sedar kekurangan PH dan rasa tidak puas hati dengan pencapaian kerajaan ini semakin meluas bukan sahaja di bandar tetapi di pinggir bandar dan luar bandar,” katanya.


Beliau berkata, bagi calon BN pula, ia bukan mudah untuk meraih undi kerana beberapa masalah membabitkan parti komponen termasuk UMNO sendiri yang ada masalah dalaman membabitkan kepemimpinan parti.

“MIC pula dilihat lemah dan MCA belum ada keputusan yang jelas mengenai hubungan dengan BN,” katanya.

Bagi memenangi pengundi atas pagar, katanya, PH melalui calon DAP perlu meyakinkan usaha yang dilakukan kerajaan akan dapat dicapai seperti dijanjikan walaupun berlaku kekangan untuk melaksanakannya.

“Isu nasional seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kos sara hidup selepas pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu ditangani dengan bijak. Saya percaya ini akan dijadikan bahan kempen oleh calon BN.

“Selain itu, isu ekonomi dan pemotongan belanjawan terus hangat diperkatakan dan rakyat mahukan jaminan supaya kos sara hidup mereka tidak terjejas,” katanya.

Ditanya peluang kemenangan, katanya, bagi BN sukar dalam keadaan krisis kepemimpinan UMNO yang mana keyakinan rakyat kepada parti itu semakin menurun.

“Untuk meraih undi, BN kena kembalikan keyakinan dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya.

Bagi PH, katanya, kemenangan itu juga masih kabur kerana ada banyak isu rakyat yang belum mencapai sasaran ditetapkan. – BH Online

Kategori