• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TaxiGo, Satu Lagi Aplikasi E-Hailing Untuk Teksi

oleh
17/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Perkhidmatan aplikasi ‘TaxiGo’ diperkenalkan sebagai satu lagi platform e-hailing bagi pengusaha teksi dan kereta sewa di negara ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata lebih banyak platform e-hailing untuk aplikasi teksi akan dapat membawa pembangunan positif dalam industri teksi di negara ini selain memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahu ‘tambang mampu bayar’ dan ‘perkhidmatan yang baik’.

Menurutnya, pengendali aplikasi “TaxiGo”, Cab MMobility Sdn Bhd, memberi jaminan bahawa “TaxiGo” itu adalah terbuka kepada pemandu teksi dan kereta sewa yang mempunyai Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) sahaja manakala pemilik kenderaan persendirian tidak dibenarkan menggunakan aplikasi tersebut.

“Tambangnya adalah mengikut kadar tambang teksi sedia ada,”katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan aplikasi “TaxiGo” di sini hari ini.

Loke berkata Cab MMobility turut menawarkan khidmat “Media Iklan Digital” yang akan dipasang pada teksi secara percuma sebagai sumber pendapatan alternatif kepada pemandu teksi.

“Pemandu teksi bakal menikmati sumber pendapatan bulanan daripada bukan tambang antara 10 hingga 20 peratus sekiranya teksi mereka dilengkapi dengan iklan digital ini,”katanya.

Hadir pada pelancaran itu ialah Pengerusi Cab MMobility Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Cab MMobility Kenny Lai. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd