• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawaran Menarik 12.12 Sempena Ulang Tahun Shopee

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika anda minat membeli-belah, sudah semestinya acara Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 yang bakal tiba, dijadikan sebagai pilihan utama.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata Shopee yang juga platform e-dagang terkemuka di rantau ini, berhasrat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas sokongan tidak berbelah-bahagi mereka dan dipelawa menyertai acara Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 tersebut.

Menerusi gimik awal kempen pada 26 November sehingga 9 Disember, mereka akan diminta memberi tumpuan terhadap tema khas pada hari tertentu yang disertai tawaran menarik potongan baucar pulangan tunai sehingga 120 peratus, pulangan tunai RM5 dengan tiada perbelanjaan minimum serta tawaran jualan antarabangsa merangkumi semua kategori pada kadar terbaik.

Selain itu, bagi tempoh kemuncak kempen mulai 10-12 Disember pula, tiga tema yang ditetapkan adalah Jualan Beli-Belah Shopee 12.12, Jualan Baucar Shopee 12.12 dan Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 yang merangkumi pelbagai tawaran menarik sepanjang tempoh tersebut.

Lebih menarik lagi, kalangan pengguna boleh menyertai ‘Shopee Shake’ sehingga 12 kali untuk memenangi lebih banyak syiling Shopee serta penghantaran percuma di seluruh negara daripada harga serendah RM12.

YG Entertainment misalnya turut melancarkan premis beli-belah dalam taliannya di Shopee dan para peminatnya kini boleh menyertai peraduan ‘Watch, Wish and Win’ dan berpeluang memenangi cenderamata eksklusif Black Pink serta sepasang tiket penerbangan ke Korea Selatan.

Dalam pada itu, jenama terkemuka seperti Philips, Fossil, MR DIY, Tefal, PETPET, L’Oreal Group, Watsons dan lain-lain akan turut menyertai sambutan ulang tahun Shopee itu dengan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus, jualan kilat serta pemberian eksklusif.

Rakan industri Shopee termasuk FPX, BInfinite, Krispy Kreme dan Traveloka juga tidak ketinggalan memberi pulangan kepada pengguna menerusi acara Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12 berkenaan.

Krispy Kreme misalnya akan menawarkan donut edisi terhad Shopee bagi meraikan ulang tahun Shopee di semua 17 outletnya dan pengguna turut berpeluang menikmati tiga donut bersalut asli secara percuma untuk setiap pembelian setengah dozen produk itu yang dibeli pada tempoh 1-20 Disember.

Selain itu, Shopee turut menghargai pengikut Bernama menerusi pemberian baucar eksklusif, potongan baucar sebanyak RM7 bagi pengguna baharu/pertama kali membeli-belah dengan kod promosi : “BERNAMA7” dan potongan RM8 untuk pengguna sedia ada menerusi kod promosi : “BERNAMA8”.

Sehubungan itu, usah ketinggalan merebut tawaran menarik ini dengan memuat turun aplikasi Shopee menerusi Apple App Store atau Google Play. – BERNAMA

Tags: promosiShopee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Larangan Promosi Vape Selepas RUU Kawalan Produk Merokok Berkuat Kuasa

Larangan Promosi Vape Selepas RUU Kawalan Produk Merokok Berkuat Kuasa

29/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibentang di Dewan Rakyat bagi bacaan kali...

RFID Perlu Lebih Promosi Dan Penjelasan

02/01/2022
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di laluan Juru, Pulau Pinang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd