• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Pengecualian PKM Naik Taraf Ladang Babi Dilanjutkan

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang telah melanjutkan tarikh pengecualian Pelan Kebenaran Merancang (PKM) untuk menaik taraf ladang babi ke sistem tertutup sehingga 31 Dis 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata keputusan itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri hari ini selepas menerima permohonan penternak-penternak babi di negeri ini yang meminta tempoh itu dilanjutkan.

“Sebelum ini pengecualian PKM untuk naik taraf ke sistem tertutup melibatkan 182 penternak babi akan berakhir hujung tahun ini. Dengan keputusan ini, kerajaan negeri berharap penternak-penternak babi di Pulau Pinang mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menaik taraf ladang-ladang mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata pengecualian itu dibuat supaya pelaksanaan Enakmen Babi 2016 berjalan secara tersusun sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya 1 Jan 2020.

“Antara pengecualian yang dipersetujui sewaktu mesyuarat MMK adalah pengecualian untuk penternak ladang sedia ada, penternak tidak menambah fasiliti bahan kecuali fasiliti biogas dan penternak membuat permohonan dalam tempoh pelaksanaan program iaitu sehingga Disember 2018,” katanya.

Pada 12 Nov lepas, Dr Afif menerusi kenyataan berkata penguatkuasaan undang-undang terhadap Enakmen Penternakan Babi 2016 akan bermula sepenuhnya pada 1 Jan 2020.

Beliau berkata keperluan untuk melaksanakan enakmen yang telah diwartakan pada 16 Feb 2017 itu adalah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang lebih bersih dan hijau. – BERNAMA

Tags: ladang babinaik taraf
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: Ronnie Liu Puji Calon Bersama Bangkit Isu Penternakan Babi

PRN Johor: Ronnie Liu Puji Calon Bersama Bangkit Isu Penternakan Babi

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew memuji calon parti Bersama di Dewan Undangan Negeri...

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd