• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Utama Serangan Di Strasbourg Mati Ditembak

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STRASBOURG/PARIS – Lelaki bersenjata yang menembak mati tiga mangsa di pasar Krismas di Strasbourg berjaya ditembak dalam pertempuran dengan anggota polis, selepas berjaya melarikan diri selama 48 jam.

Cherif Chekatt, 29, ditembak mati dalam satu operasi besar-besaran di Neudorf/Meinau pada jam 9 malam (waktu tempatan), semalam, iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi beliau melancarkan serangan pada Selasa lalu.

“Chekatt ditembak selepas beliau melepaskan tembakan kepada pihak polis,” kata salah seorang sumber.

Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner, berkata tiga anggota polis berjaya mengesan seorang lelaki yang disyaki Chekatt ketika berada di kawasan terbabit dan berusaha memberkasnya.

Namun, Castaner berkata, suspek melepaskan tembakan ke atas anggota polis berkenaan, menyebabkan mereka melepaskan tembakan balas.

“Saya rasa kejadian ini akan membolehkan kehidupan kita kembali seperti biasa.

“Kematian seorang lagi pengganas akan memberi kelegaan kepada orang ramai, termasuk saya,” kata Datuk Bandar Strasbourg, Roland Ries kepada wartawan.

Sementara itu, wartawan Reuters yang berada berhampiran lokasi kejadian melaporkan bunyi tiga hingga empat tembakan kedengaran ketika anggota polis melancarkan operasi, yang turut disertai sebuah helikopter yang berlegar-legar di udara. – Reuters/BH ONLINE

Tags: polisserangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd