• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Akan Siasat TH Jika Penyelewengan Libat Salah Guna Kuasa

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kes Tabung Haji (TH) sekiranya penyelewengan melibatkan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Bagaimanapun katanya jika penelitian maklumat mendapati kes itu bersabit akta lain maka SPRM akan menyerahkan kepada pihak yang berkenaan untuk membuat siasatan.

Mohd Shukri berkata demikian pada sidang media semasa diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa pengurusan terdahulu TH melanggar Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dalam pemberian hibah kepada pendeposit sejak 2014.

Dalam pendedahannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata keadaan itu menyebabkan TH mengalami defisit RM4.1 bilion.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata SPRM akan melakukan siasatan sekiranya ada pihak membuat laporan atau menerima maklumat daripada sumber.

SPRM akan membuat siasatan sekiranya ada asas, katanya yang ditemui selepas melancarkan Balutan Tren Mesej Anti Rasuah, di stesen hentian Bukit Mertajam Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai pertindihan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara SPRM dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Mohd Shukri berkata PAC tidak mempunyai kuasa untuk membuat pertuduhan di mahkamah.

“PAC tiada kuasa untuk menuduh (membuat pendakwaan) sesebuah pihak, dia hanya jalankan siasatan di bawah bidang kuasa dia… SPRM pula cuma menjalankan siasatan berdasarkan bidang kuasanya,” katanya.

Beliau juga berkata ada kemungkinan kedua-dua pihak akan memperoleh dapatan yang sama hasil siasatan tersebut namun berbeza dengan PAC, SPRM akan membawa dapatan berkenaan ke mahkamah.

“… saya tak pasti apa tindakan yang akan diambil oleh PAC berdasarkan siasatan mereka,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin berkata kerjasama dengan SPRM menyampaikan mesej antirasuah dilihat mampu meningkatkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang menggunakan perkhidmatan KTMB.

“Kempen ini berlangsung selama setahun bermula dari tarikh pemasangan balutan bermesej antirasuah pada salah sebuah tren komuter iaitu 5 Dis lalu.

“Projek julung kali ini juga memaparkan wajah baharu untuk koc Tren Komuter Sektor Utara iaitu dari Butterworth ke Padang Besar ke Butterworh yang hanya bertumpu kepada Wilayah Utara, ” katanya.

Katanya inisiatif tersebut diharapkan dapat memberikan perubahan kepada masyarakat iaitu dengan menyebarluas maklumat mengenai gejala rasuah yang boleh membinasakan sesebuah bangsa, agama dan negara. – BERNAMA

Tags: SPRMTabung Haji
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd