• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivaraajh Antara Calon Disenarai MIC Untuk PRK Cameron Highlands

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C Sivarraajh antara calon yang akan disenarai MIC untuk dipertimbangkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran berkata Sivarraajh disenaraikan berikutan maklum balas positif daripada akar umbi.

“Kita dapat respons dari akar umbi beliau seorang bersopan santun dan boleh bekerja dengan komuniti dalaman dan bandar di Cameron Highlands. Jika ini ialah pendapat orang ramai, beliau akan menjadi calon,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata Sivarraajh layak bertanding pada PRK itu kerana mahkamah menyatakan tiada keterangan bahawa Naib Presiden MIC itu terlibat dalam rasuah pada pilihan raya umum lalu.

“Mahkamah dapati amalan rasuah berlaku dalam pilihan Raya Cameron Highlands tetapi Yang Arif telah beritahu tiada keterangan Sivarraajh beri rasuah. Oleh itu tiada apa-apa yang menghalang untuk beliau dipilih sebagai calon untuk bertanding di Cameron Highlands,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang melibatkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi, menewaskan empat calon lain termasuk calon DAP M. Manogran yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS – 3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (Berjasa – 81 undi) dan B Suresh Kumar (PSM – 680 undi).

Manogaran, 59, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu dengan memohon pengisytiharan bahawa keputusan PRU-14 untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada 30 Nov lepas, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Dewan Rakyat semalam menerima surat pemakluman daripada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands mulai 15 Dis lalu.

Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan berkenaan, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk C. SivaraajhPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Sedia Ambil Alih Bayar Elaun Tok Batin

24/01/2019
0

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Kerajaan negeri Pahang sedia mengambil alih pembayaran elaun kepada Tok Batin, sekiranya...

PRK: Wan Azizah Ambil Cuti Turun Kempen

23/01/2019
0

KUALA LIPIS - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengambil cuti dan turun berkempen sebagai hanya seorang pemimpin politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd