SYDNEY – Satu spesies semut dari Australia dikatakan sebagai haiwan terpantas di dunia, dengan keupayaan mengunyah 5,000 kali lebih pantas daripada kedipan mata.
Penyelidik menemui semut yang nama saintifik dikenali ‘Mystrium camillae’ atau ‘semut Dracula’, ia boleh mengetap rahangnya pada kadar sifar hingga 320 km sejam dalam 0.000015 saat, menjadikannya pergerakan haiwan terpantas.
Saintis dari Muzium Smithsonian di Amerika Syarikat (AS) mengukur pergerakan itu menggunakan kamera berkelajuan tinggi dan ia memecahkan rekod kelajuan semut, lapor agensi berita Xinhua.
Setakat ini pergerakan haiwan lain paling pantas dimiliki oleh arthropod, odontomachus frog hopper dan udang lipan. – BERNAMA