Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Azam Akan Perjelas Isu...

PUTRAJAYA: Tan Sri Azam Baki memaklumkan, pertemuan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, bagi...

35 Rumah Setinggan Musnah...

SANDAKAN – Sebanyak 35 rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Gelam di...

Cadang Tak Tanding Dun...

RAMAI pihak sedia maklum, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memang dikenali dengan sifat lantang...

5 Sebab Kenapa Perlu...

PARTI-PARTI pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan bercita-cita mahu membentuk kerajaan di Putrajaya...

Sempadan Darat & Maritim Antara 3 Negeri Dikemas Kini

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) sedang mengemas kini sempadan darat antara negeri, dan sebahagian daripadanya telah siap.

Beliau berkata selepas selesai proses berkenaan bagi sempadan darat, penandaan sempadan maritim pula akan dilakukan.

“Sempadan maritim ini penting kerana terdapat banyak kerja tambakan laut seperti di Johor, Melaka dan Pulau Pinang yang akan memberi kesan kepada sempadan negeri dan negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara di bangunan Parlimen, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata mesyuarat hari ini juga membincangkan cadangan penggunaan konsep ‘spatium’ bagi tujuan pembangunan​​ bandar.

​​​​​ Spatium adalah konsep bagi mewujudkan pembangunan bertindih di atas pembangunan sedia ada dan pewujudan pemilikan berlapis dengan lot isipadu di bawah dan di atas permukaan tanah, bertujuan memenuhi keperluan permintaan tanah yang semakin tinggi.


Selain itu, Dr Wan Azizah berkata, mesyuarat turut membincangkan kertas cadangan pindaan Akta Pengambilan Tanah 1960 bertujuan menambah baik proses pengambilan tanah termasuk dari segi pampasan.

“Ia juga bagi menangani kes-kes kesilapan kecil dan perkara-perkara yang tidak dimasukkan oleh Pentadbir Tanah dalam proses pengambilan tanah yang boleh memberikan impak yang besar terhadap keputusan dan bayaran pampasan, serta perjalanan projek keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat tersebut juga bersetuju supaya cadangan pindaan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 diperhalusi dan dibawa semula ke Majlis Tanah Negara yang akan datang untuk kelulusan dasar. – BERNAMA

Kategori