• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Mungkin Kena Gantung

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Mohamed Salah mungkin digantung perlawanan dan tidak beraksi bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool bagi pertembungan penting berdepan Arsenal dan Manchester City.

Salah jatuh apabila pertahanan Paul Dummett menyentuh bahunya dalam kawasan penalti sekali gus meraih sepakan penalti pada minit ke-47 yang menyaksikan mereka menewaskan Newcastle 4-0.

Pemenang Kasut Emas musim lalu dari Mesir itu meledak gol ke-12 peribadinya musim ini menerusi sepakan penalti susulan insiden itu selain membantu Reds berada dalam kedudukan selesa dengan kelebihan enam mata di puncak liga.

Namun satu panel Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris dijadual bermesyuarat hari ini bagi menentukan sekiranya pengadil, Graham Scott ‘tertipu’ ketika beliau memutuskan mengenai sepakan penalti itu.

Pengurus Newcastle, Rafael Benitez yang berang berkata: “Penalti sebegitu mengubah segala-galanya dan sekarang ini saya perlu menjelaskan kenapa kami melepaskan empat gol.”

Sekiranya panel – yang disertai seorang bekas pengadil, seorang bekas pengurus dan seorang bekas pemain – memutuskan ada ‘bukti jelas pemain secara sengaja memperdaya pegawai perlawanan’, maka Salah, 26, dijangka berdepan penggantungan dua perlawanan.

Liverpool bagaimanapun berhak menafikan dakwaan salah laku tetapi suruhanjaya itu akan duduk berbincang sebelum kunjungan Arsenal, awal pagi Ahad ini untuk mendengar rayuan.

Bekas pengadil, Mark Halsey berkata: “Oumar Niasse dan Manuel Lanzini berdepan hukuman sama sekiranya panel ini konsisten.”

Reds kini mempunyai kelebihan tujuh mata berbanding City yang dikendali Pep Guardiola. Mereka bertemu City di Etihad pada 3 Januari depan. – Agensi/BH ONLINE

Tags: EPLMohamed Salah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Uzbekistan Simpan Al-Quran Berbekas Darah Uthman

Next Post

CIDB Sedia Pelan Tindakan Industri Pembinaan

Related Posts

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Salah Antara 100 Manusia Berpengaruh Di Dunia

19/04/2019
0

NEW YORK – Majalah Time telah menyenaraikan pemain Liverpool, Mohamed Salah sebagai antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia pada...

Next Post

CIDB Sedia Pelan Tindakan Industri Pembinaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd