• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sains Serbu Tiga Premis Curi Air Di Seremban

oleh
21/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) menyerbu tiga premis di sini pada Selasa lepas, kerana disyaki mencuri air.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata dalam serbuan pertama pada pukul 10.30 pagi di sebuah nurseri, siasatan mendapati penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah selepas pemotongan bekalan air akibat tunggakan.

“Penyambungan tidak sah dilakukan secara terus tanpa melalui sebarang meter air digunakan di tujuh ‘point’ untuk kegunaan harian nurseri dan pekerja yang tinggal di premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata serbuan kedua dilakukan di sebuah restoran di kawasan Senawang yang mana penghuni premis telah membuat sambungan tidak sah bagi kegunaan restoran dan harian pekerja premis berkenaan.

“Seterusnya serbuan ketiga dilakukan di asrama pekerja sebuah restoran di Bandar Seremban di mana penghuni premis melakukan penyambungan tidak sah bagi kegunaan harian pekerja yang tinggal di situ.

“Pegawai penguatkuasa Sains turut menjalankan ujian klorin di semua lokasi berkenaan dan terbukti bekalan air yang digunakan adalah air terawat milik Sains,” katanya.

Norzita berkata ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 89(9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, yang jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata pihak Sains akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh Negeri Sembilan tanpa mengira kes yang melibatkan pengguna komersial mahupun domestik.

“Tindakan tegas ini merupakan satu daripada langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil.

“Para pengguna yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 dan setiap maklumat peribadi pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: curi airSains
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

13/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Penguasaan asas sains dan matematik yang lemah di peringkat sekolah rendah dilihat sebagai antara faktor kemerosotan jumlah pelajar...

SPAN Serbu Premis Curi Air

SPAN Serbu Premis Curi Air

06/08/2022
0

Seremban : Tiga premis di sini, dan Port Dickson, diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas didakwa mencuri air melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd