• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Sasar Empat Juta Pelancong Tahun Depan – Liew

oleh
21/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan ketibaan empat juta pelancong pada tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar Sabah berkata jumlah itu merupakan peningkatan empat peratus berbanding sasaran seramai 3.8 juta pelancong yang ditetapkan tahun ini.

Liew berkata kementerian yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan peningkatan ketibaan pelancong ke Sabah sejak empat tahun lepas, selain gerak kerja promosi serta pemasaran dijalankan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di seluruh dunia termasuk China dan Eropah.

“Sasaran empat juta ini juga antara KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kami dan kami yakin akan dapat mencapainya. Justeru, kami akan bekerja lebih keras untuk mempromosi Sabah di pasaran Eropah bagi memastikan lebih ramai pelancong dari negara Eropah berkunjung ke sini.

“Sektor pelancongan Sabah besar, tidak hanya tertumpu kepada destinasi-destinasi menarik seperti pulau peranginan dan gunung, tetapi Sabah juga memiliki kepelbagaian budaya dan tradisi yang boleh dipromosikan kepada para pelancong,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Liew berkata sasaran ketibaan 500,000 pelancong dari China ditetapkan pada tahun ini telah dicapai lebih awal daripada waktu ditetapkan iaitu pada Oktober lepas.

Mengulas lanjut, Liew berkata, peningkatan ketibaan pelancong ke Sabah juga telah menyumbang kira-kira RM7.83 bilion kepada ekonomi negeri pada 2017, selain turut mendorong kepada pertumbuhan rangkaian hotel-hotel baharu di ibu negeri yang menunjukkan keyakinan pelabur.

Selain itu, terdapat pembukaan produk pelancongan baharu di luar Kota Kinabalu dan lebih banyak penerbangan terus ke Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu termasuk 114 penerbangan mingguan dari China sahaja, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Liew berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam usaha menyediakan papan tanda dalam bahasa Mandarin di lokasi utama tumpuan pelancong dari China.

Menurutnya, ia bagi memudahkan pelancong berkenaan memahami serta mengetahui lokasi berkenaan terutama kepada pelancong yang datang secara individu.

Terdahulu, Liew mengucapkan tahniah di atas kejayaan STB menerima pengiktirafan sebagai Juara Industri bagi Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama BrandLaureate 2018 dalam kategori jenama destinasi.

STB menerima pengiktirafan itu daripada Yayasan Jenama Asia Pasifik pada 26 Nov lepas. – BERNAMA

Tags: Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd