• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Akta Pengangkutan Jalan 2018 Dibentang Di Dewan Rakyat

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Pembentangan dibuat Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Loke ketika ditemui di lobi Parlimen menjelaskan RUU itu antara lain akan memberi kuasa kepada Majlis Bandaraya untuk menubuhkan pasukan warden lalu lintasnya sendiri.

Menurutnya, penubuhan pasukan itu dapat membantu anggota polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melakukan tugas rondaan dan menjaga lalu lintas di bandar raya besar.

Loke juga berkata pindaan baharu itu juga bakal menambah baik proses pembatalan pendaftaran kenderaan bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melupuskan kenderaan terbiar.

“Sekarang ini, pihak PBT mempunyai masalah untuk melupuskan kenderaan terbiar di kawasan mereka kerana kebanyakan kenderaan ini masih mempunyai pendaftaran masih hidup (sah). Jadi dengan pindaan baharu ini dapat memudahkan kerja PBT melupuskan kenderaan terbiar,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata di bawah pindaan baharu itu juga menteri bakal diberikan kuasa untuk menetapkan fi terhadap penggunaan cermin gelap oleh kenderaan.

“Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang untuk kerajaan meletakkan caj atau fi terhadap cermin gelap, cuma menteri diberi kuasa untuk beri pengecualian kepada mana-mana individu melalui surat,” katanya.

RUU berkenaan tidak akan melibatkan perbelanjaan tambahan oleh kerajaan. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatRUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd