• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusuhan Kuil: 55 Direman Bagi Bantu Siasatan Kes

oleh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman antara dua hingga tujuh hari terhadap 11 lagi individu menjadikan jumlah yang ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman seramai 55 orang.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 18 hingga 50 tahun itu bermula hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Sementara itu, perintah reman selama tiga hari dilanjutkan terhadap lapan lagi suspek yang tempoh remannya tamat hari ini bagi membantu siasatan kes sama.

Antara 55 individu yang direman sejak Selasa lalu adalah tiga pekerja termasuk penasihat undang-undang syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd.

Dalam kejadian awal pagi Isnin minggu lalu, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan dirosakkan. – BERNAMA

Tags: isu kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub BUKIT MERTAJAM – Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus) menegaskan bahawa rancangan 'Ops Terjah' di sebuah kuil di...

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

28/01/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 28 Januari – Dua aktivis yang menentang pencerobohan tanah bagi pembinaan kuil haram, Tamim Dahri (Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd