• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Nafi Larang Mufti Kelantan Bersiaran Di Kelantan FM

oleh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysian (RTM) menafikan dakwaan yang disiarkan di Utusan Malaysia Online hari ini bahawa Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad merupakan antara penceramah yang dilarang untuk bersiaran di KELANTANfm.

RTM dalam kenyataan berkata pihak RTM tidak menggugurkan mana-mana pihak untuk bersiaran dalam slot petang radio tersebut.

“Penyataan mengenai Mufti Kelantan dan tujuh orang penceramah lain dilarang untuk bersiaran di KELANTANfm adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak RTM tidak pernah menyekat mana-mana penceramah asal dalam slot tersebut,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online hari ini dengan tajuk “RTM: Mufti Kelantan pula disekat?”.

Artikel yang memetik sumber itu memaklumkan nama Mohamad Shukri termasuk dalam senarai tujuh penceramah di slot tersebut yang digugurkan dan sudah digantikan dengan senarai nama baharu.

Menurut artikel itu tindakan menggugurkan nama Mohamad Shukri dipercayai akibat kelantangan beliau menyuarakan pandangan ke­rana menegur setiap tindakan kerajaan yang bercanggah de­ngan norma agama. – BERNAMA

Tags: mufti KelantanRTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd