• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM3 Juta Bagi Baiki Sekolah Bantuan Di P.Pinang

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebanyak RM3 juta peruntukan disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur, kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P. Ramasamy.

Beliau berkata peruntukan itu sudah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), dan turut ditubuhkan Jawatankuasa Khas Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan yang akan bermesyuarat empat kali setahun, bagi melihat keperluan tersebut.

​​​​​​​”Penyaluran peruntukan tahunan ini secara ‘one-off’ dan dicadang untuk disediakan kepada sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur terutamanya sekolah-sekolah berada di tahap kritikal.

“Kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi mengelak kerosakan lebih teruk atau melibatkan keselamatan pengguna,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ramasamy berkata penyaluran peruntukan itu akan dilaksanakan melalui pendekatan dari bawah ke atas serta berdasarkan keperluan dan permintaan daripada sekolah bantuan penuh kerajaan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) serta selari dengan perancangan dan pembangunan sekolah.

JPNPP akan mendapatkan cadangan permohonan berdasarkan permintaan dan perancangan pembangunan sekolah bantuan penuh kerajaan yang memerlukan peruntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur di sekolah, katanya.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu memutuskan untuk mengehadkan bantuan sebanyak RM20,000 sahaja bagi setiap sekolah dan akan menggunakan budi bicara bagi permohonan daripada sekolah-sekolah yang berada di tahap kritikal dan memerlukan peruntukan melebihi RM20,000.

Sementara itu Pengarah Pendidikan negeri, Mohd Jamil Mohamed berkata Pulau Pinang bertuah kerana ia merupakan satu-satunya negeri yang menerima peruntukan tersebut daripada Kementerian Pendidikan.

Hanya Pulau Pinang mendapat peruntukan ini daripada Kementerian Pendidikan. Bantuan berkenaan akan disalurkan ke sekolah-sekolah dan dijangka 200 sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan di negeri ini akan mendapat manfaat ini, katanya. – BERNAMA

Tags: pembaikanSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd