• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rawatan Katarak Di Hospital Labuan Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Bermula tahun depan, pesakit katarak di Labuan tidak lagi perlu mendapatkan rawatan di Kota Kinabalu dengan penyediaan kemudahan mesin katarak bernilai hampir RM500,000 di Hospital Labuan selaras dengan usaha penambahbaikan hospital di pulau bebas cukai itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata selain itu Klinik Pergigian Labuan turut dilengkapi dengan mesin X-ray terbaru dalam usaha berterusan untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mulut.

“Kebajikan dan keselesaan kakitangan perubatan juga sentiasa diutamakan dengan pembinaan 46 unit kuarters baharu tidak lama lagi. Ia juga bagi persediaan untuk menampung peningkatan jumlah tenaga kerja pada masa depan.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk untuk meningkatkan penjagaan kesihatan bagi penduduk dan pelabur di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi di Giant Hypermarket dan Skypark di sini hari ini.

Dr Ismuni juga berkata Hospital Nukleus Labuan kini memiliki tiga ambulans baharu iaitu satu daripadanya Ambulans Kelas A yang dilengkapi kemudahan perubatan kecemasan asas. – BERNAMA

Tags: LabuanPembedahan Katarak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

6 Ditahan Cuba Seludup Minuman Keras Dari Labuan

24/05/2024
0

Labuan : Enam individu ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup masuk 486 karton minuman keras dalam serbuan di tebing Sungai Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd