• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam Kini ‘Amat Rendah’

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rasuah dalam perkhidmatan awam turun ke paras ‘amat rendah’ sejak kerajaan baharu memimpin negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Pada masa ini, ia (rasuah) amat, amat rendah. Kita sebenarnya tidak menerima laporan mengenai rasuah sejak kerajaan baharu mengambil alih. Sebagaimana yang diketahui, dalam kerajaan terdahulu, ramai bercakap mengenai rasuah dalam kerajaan.

“ Dari satu sudut, kita telah berjaya mengurangkan kes rasuah. Namun, mungkin masih terdapat rasuah dan mungkin tidak dapat dikesan oleh kita,” kata beliau semasa menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana masalah rasuah dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Pemberita menemui Dr Mahathir selepas beliau melancarkan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ditanya sama ada terdapat perangkaan terkini mengenai rasuah, beliau berkata: “Tiada”.

Semasa ditanya mengenai sama ada Malaysia bersedia untuk pilihan raya majlis tempatan, Dr Mahathir berkata ia tidak mungkin berlaku dan menambah bahawa pilihan raya itu akan mewujudkan konflik perkauman dan perpecahan di bandar dan luar bandar.

“Tiada pilihan raya majlis tempatan. Pilihan raya majlis tempatan boleh memberikan hasil yang salah. Bandar mungkin berbeza, luar bandar mungkin berbeza. Konflik boleh berlaku dan mungkin perbezaan perkauman,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata pada Julai lepas bahawa kementerian berhasrat mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa tiga tahun dan pilihan raya itu hanya dapat dilakukan setelah “keadaan kewangan dan ekonomi negara stabil”.

Menjawab soalan jika Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menerima keputusan kerajaan bahawa Pulau Kukup harus dikekalkan sebagai taman negara, Dr Mahathir berkata: “Itu pendirian kerajaan persekutuan. Saya harap Johor akan terima. Kita tidak menyentuh mengenai Sultan.

“Apa yang kita katakan ialah Pulau Kukup tidak perlu dibangunkan, ia harus kekal sebagai hutan simpan terutamanya sebagai hutan bakau. Kita tidak mahu hutan bakau ditebang untuk membangunkan pulau itu.”

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata tanah itu mungkin milik Sultan atau Sultanah tetapi ia tidak boleh dibangunkan.

Mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim​​ bahawa kerajaan persekutuan tidak boleh terlibat dalam perkara tanah negeri, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia dan kerajaan Persekutuan bukan orang luar.

“Sebaliknya, kami (kerajaan persekutuan) bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku di negara ini,” katanya.

Mengenai catatan Instagram cucunya, Melia Serena Mukhriz, yang merujuk peserta perhimpunan menolak ratifikasi ICERD sebagai ‘menjijikkan’, Dr Mahathir menjawab beliau bebas untuk memberi komen, dan berkata: “Anda boleh bertanya kepadanya”. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahTun Dr Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd