• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rajapakse Berundur, Drama Politik Sri Lanka Tamat

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Krisis di Sri Lanka reda, hari ini, selepas Mahinda Rajapakse berundur daripada perebutan kuasa yang menjejaskan negara kepulauan itu selama tujuh minggu sehingga hampir gagal membayar hutang.

Rajapakse mengadakan majlis keagamaan di rumahnya di mana beliau menandatangani surat berundur daripada jawatan Perdana Menteri yang diberikan kepada beliau secara kontroversi pada 26 Oktober lalu.

Beberapa jam selepas mendapat restu pihak agama, bekas presiden berusia 73 tahun itu dalam keadaan sedih dan berjanji kembali menerusi pilihan raya majlis tempatan.

“Pastinya semua yang menyokong kita, sejak 2015 akan terus menyokong pada masa depan. Kami akan membawa tentera dengan menyusun penyokong,” katanya kepada ramai rakan rapat yang hadir.

Beberapa pembantu beliau berkata, Rajapakse akan memulangkan kenderaan limosin mewah yang digunakan sejak dilantik.

Presiden Maithripala Sirisena mencetuskan pergolakan politik dengan memecat Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe dan menggantikan beliau dengan bekas musuh, Rajapakse.

Namun, Wickremesinghe enggan meletak jawatan dengan menegaskan pemecatan beliau sebagai haram sehingga menyebabkan negara 21 juta penduduk itu bergolak dengan dua lelaki merebut jawatan Perdana Menteri.

Rajapakse kemudian dikalahkan dalam usul undi tidak percaya pada 14 November lalu. – AFP

Tags: krisisSri Lanka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd