Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

HRPZ II Sambut Kelahiran...

KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II ) menerima 12...

Budak Suara Trompet Akibat...

BUENOS AIRES - Ini mungkin satu insiden yang agak mencemaskan ibu bapa tapi...

Remaja ‘Dikenduri’ Lima Rakan...

Padah menumbuk salah seorang rakan kepada teman lelakinya, seorang remaja dirogol bergilir-gilir oleh...

Hujan Beri Kelegaan, Paras...

KUCHING - Hujan di kawasan tadahan air di Sungai Sarawak Kiri semalam dapat...

Pura-Pura Sakit Jantung Selepas Kantoi Ambil Gambar Gadis Dalam Tren

SEORANG lelaki berpura-pura diserang sakit jantung, selepas perbuatannya mengambil gambar seorang gadis di dalam tren terbongkar.

Rakaman video menunjukkan lelaki warga emas itu yang sedang duduk sambil memegang telefon bimbitnya didatangi beberapa penumpang lain.

Tidak lama kemudian, seorang pegawai polis cuba menghalau lelaki itu keluar daripada kereta api tetapi dia enggan berganjak dari tempat duduknya.

“Saya tidak akan keluar, tembak saya,” katanya.

Secara tiba-tiba, lelaki itu memegang dadanya dan mengerang kesakitan.

Insiden dipercayai berlaku di Buenos Aires, Argentina, selepas beberapa penumpang mendakwa lelaki tersebut mengambil gambar seorang gadis secara senyap-senyap.

Mereka memintanya untuk memadamkan gambar itu tetapi lelaki tersebut enggan berbuat seperti yang disuruh menyebabkan keadaan di dalam kereta api terbabit menjadi tegang selama 10 minit.


Ketika diminta memadamkan gambar itu, lelaki tersebut berkata:”Anda bukan bos saya.”

Lelaki itu berkata, dia mengambil gambar gadis tersebut kerana berpakaian menjolok mata.

Video tersebut dimuat naik di Facebook oleh Yanina Sofia Scavone dan menjadi tular sehingga mendapat 1.2 juta tontonan.

Lelaki itu akhirnya berjaya dihalau keluar dari kereta api terbabit. – Mirror Online/mStar Online

Kategori