• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Protes Perancis Jejas Ekonomi, Gugat Populariti Macron

oleh Haris
10/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROTES besar-besaran antikerajaan di Perancis akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi pada suku terakhir tahun ini, kata bank pusat negara itu pada Isnin, serta menjejaskan usaha Presiden Emmanuel Macron untuk menangani gerakan “ves kuning” yang sedang mengetuai protes ini.

Bank Perancis berkata pada Isnin jangkaan pertumbuhan ekonomi kedua terbesar Kesatuan Eropah itu dijangka hanya mencapai 0.2 peratus dalam suku terakhir, merosot daripada 0.4 peratus yang dijangka sebelum ini.

Menteri Kewangan Bruno Le Maire enggan memberi jangkaan pertumbuhan 2018 tetapi berkata protes seluruh negara ini akan mengurangkan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus pengeluaran negara. Timbalannya meletakkan angka lebih kepada 1.5 peratus.

Kesan perlahan pada ekonomi Perancis ini memberi risiko pada Macron, yang terpaksa mengimbangi pemotongan cukai dan kos keselamatan sosial untuk meningkatkan perbelanjaan isi rumah, pada masa sama memastikan defisit belanjawan di bawah kadar had Kesatuan Eropah.

Kelembapan ini ialah “satu realiti dihadapi perniagaan, usahawan, realiti dihadapi mereka yang kedai mereka dilaku musnah, dan dicuri dengan cara yang ganas,” kata Le Marie.

“Inilah juga realiti kepada pelabur asing di sini.”

Peserta protes membaling objek, membakar kenderaan dan menggeledah kedai, dan dihadapi oleh pihak polis dengan gas pemedih mata dan meriam air.

Dua minggu lalu pada Sabtu, Perancis menyaksikan protes paling teruk buat pertama kali sejak kebangkitan mahasiswa pada 1968.

Beberapa kedai mewah di kawasan pelancongan di Paris menyaksikan jualan merosot teruk, pada masa musim Krismas yang kebiasaannya tempoh membeli-belah yang rancak.

Macron menghadapi masalah kritikal ini yang menguji popularitinya dan mendesak beliau melaksanakan langkah yang sukar menyelamatkan ekonomi Perancis. – Reuters

Tags: Emmanuel MacronPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

Macron Desak Pengiktirafan Palestin Sebagai ‘Satu-satunya Jalan Ke Arah Keamanan’

09/07/2025
0

LONDON: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa mendesak pengiktirafan kenegaraan Palestin dalam ucapannya di Parlimen United Kingdom (UK), dengan menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd