• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden PKR Berunding Sebelum Lantik Pengerusi Negeri

oleh
20/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan pengerusi negeri parti itu bukan dibuat secara peribadi, sebaliknya ia dilakukan selepas rundingan dengan ketua-ketua cabang selama sebulan, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, mengikut perlembagaan parti berkenaan dalam hal melantik pengerusi negeri, presiden haruslah melakukan pelantikan setelah berunding dengan ketua-ketua cabang.

“Jadi adakah dia (Anwar) sudah berunding? Ya. Dengan semua ketua cabang? Ya. Dari Perlis hingga Sabah? Ya.

“Kalau terus dipertikaikan ia jadi tak cantik. Kalau semua orang menghormati keputusan itu akan melegakan dan tidak timbul masalah dan parti tak perlu pelan pemulihan dan sebagainya kerana semua (syarat) itu telah dipenuhi,” katanya.

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Program Transformasi Peniaga dan Penyerahan Kenderaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.

Bekas Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Latheefa Koya sebelum ini dilaporkan membidas parti itu yang didakwa mengamal kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri termasuk pelantikan anak presiden, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Isnin lalu, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Pada hari sama juga, Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mengumumkan secara rasmi meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor.

Mengenai Nurul Izzah, Saifuddin berkata sokongan daripada 13 ketua cabang di Pulau Pinang untuk Nurul Izzah adalah kuat dan kerana itu, tidak banyak pilihan untuk Anwar selain melantik Nurul Izzah.

“Tetapi kalau dia (Nurul Izzah) ubah keputusan itu lebih baik. Kalau itu tidak berlaku saya percaya presiden (PKR) akan meneliti semula kalau ada keperluan tapi buat masa sekarang Nurul Izzah sudah buat ketetapan untuk tidak menerimanya dan tidak bercadang untuk ubah fikiran. Begitu juga di Johor,” katanya.

Saifuddin turut ditanya sama ada PKR ada menerima permohonan baharu daripada anggota UMNO, beliau berkata: “Tiada setakat ini.”

Baru-baru ini, enam Anggota Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid; Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) ; Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing).

Pada 12 Dis lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri dan dua senator mengumumkan keluar parti. – BERNAMA

Tags: Saifuddin Nasution Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd