• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tembak Tayar Kereta Tahan Suspek Kes Rogol

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes rogol kanak-kanak bawah umur di Paya Terubong, berjaya diberkas selepas polis bertindak menembak tayar kereta yang dipandu lelaki itu dalam kejadian di Lebuhraya Jelutong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata polis terpaksa menembak tayar kereta lelaki berkenaan selepas suspek enggan berhenti walaupun telah diarahkan berbuat demikian beberapa kali.

Suspek juga memandu secara melulu hingga membahayakan pengguna jalan raya lain, katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut kejadian 9.30 malam itu, Che Zamani berkata terdahulu sepasukan polis mengesan lelaki berusia 29 tahun tersebut sedang memandu di kawasan berkenaan dan cuba menahannya untuk membuat pemeriksaan.

“Namun lelaki itu yang menyedari kehadiran pihak polis bertindak memecut laju kereta dipandunya sehingga melanggar sebuah motosikal dan kereta semasa dikejar polis. Pemandu dua kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Che Zaimani berkata selepas terkena tembakan, kereta suspek melanggar kenderaan lain sebelum lelaki itu keluar daripada keretanya dan melarikan diri ke Jalan Sungai Pinang, di sini sebelum dikejar polis yang berjaya menahannya tidak jauh dari lokasi.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah

“Suspek juga baru sahaja tamat parol pada 26 November lepas atas kesalahan jenayah,” katanya menambah lelaki yang tidak bekerja itu kini direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes rogolpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd