• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 54 Penagih Dan Pengedar Dadah Di Kemaman

oleh
21/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis menahan 54 pengedar dan penagih termasuk 41 suspek yang dikehendaki bagi tujuan pendakwaan membabitkan kes penyalahgunaan dadah.

Kesemua mereka ditahan dalam Ops Bersepadu Narkotik yang dijalankan selama dua hari bermula 18 Dis lalu membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu dan Bahagian Siasatan Narkotik Daerah Kemaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Roslan Tahir berkata operasi itu dijalankan bagi mengesan mereka yang gagal hadir setelah diberi jaminan polis antaranya membabitkan kes memasukkan dadah ke dalam badan yang disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sebanyak empat pasukan yang terdiri daripada enam pegawai dan 35 anggota narkotik terlibat dalam operasi tersebut.

“Polis juga berjaya menahan 13 suspek lain bersama rampasan dadah jenis syabu, pil kuda, heroin dan ganja. Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk pemeriksaan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sek 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini

Roslan berkata 41 suspek yang dikehendaki itu, telah dituduh di mahkamah manakala selebihnya direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata operasi seumpama itu akan terus dijalankan dalam usaha membanteras gejala penagihan dan pengedaran dadah yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ingkar jamin. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd